Sekian lama tidak menulis.
Malam ini kususuri karya-karya siberku,
Coretanku, hilang berkecai.
x sempat aku mengumpul dan membuat kompilasi.
Hidup diteruskan dengan jeda-jeda masa yang lompong amat merisaukan.
Ada ketika terasa tajam kerikil di jalanan,
Ada ketika terasa nikmat sebuah perjalanan yang telah ditinggalkan.
Kekuatan dan kebahagiaan yang kukecapi ini anugerah Allah jua.
Saat ini,
Aku merentasi lorong syukur.
Syukur atas segala yg pernah kurasai
mahu duka atau suka.
Di dalam hati hanya pada Mu kusandarkan..
Jika aku pergi dari alam fana ini..kupohon ingati daku diiringi doa.
Betapa ibubapa ,dan sesiapa yg telah pergi itu menginginkan pemberian doa dari kita semua.
Aku pun di kala itu sebegitu.
Wednesday, December 10, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.jpg)

No comments:
Post a Comment