Saturday, October 31, 2009

Oktober berlalu

terkejar-kejar menghabiskan kursus, bulan Oktober sudah ke penghujung. Majlis penutup kursus diadakan simple tapi bermakna. Persembahan multimedia, penyampaian cenderahati, potong kek dan makan-makan.

Berpisah..satu perkataan yang sedih bila bersama menyulam pengalaman bermakna. Itulah yg mampu kuperkata tentang kursus , rakan sekursus dan pensyarah-pensyarah.

Semasa menunggu majlis aku sempat menolong miss tan mengambil teleskop yg baru tiba dari setor ke jabatan sains.

so, what is the spec? I have no chance to use it...but still got a chance if i manage to get info on the activity of star gazing that she plan next year..yess!! sound exciting yet funny for old person like me..but miss tan also old already...

it's look like this, but the main body is blue in colour.



Thursday, October 15, 2009

Buku Fizik


Agak bermakna pertemuan dengan pensyarah di jabatan sains siang tadi. Sambil menunggu giliran seperti membuat vivar ( betul ke aku eja ni) Miss Tan nmpk aku resah. Boring sebenarnya menunggu ni . Lama pulak Pn Nordiana dgn grup 4. grup adik2 yg dh dapat APC. Mmg cemerlang, dan x boleh nk iri. Miss Tan beri aku sebuah buku. Rupanya buku Fizik tingkatan 4 yg dia tulis sendiri. Menarik dan bagus buku tu. Aku beli satu. Harga RM 16 jer. Aku siap mintak signature dia. Best juga kata2 semangatnya. Itulah tugas pendidik, sentiasa bagi semangat. Pagi tadi kelas dgn datin Balkis pun byk kata2 semangat dan motivasi yg diberi.

Lama aku tak dapat masuk balik ke blogspot ni. Aku lupa nama blog ni. sekarang aku nak add kat favorite.

akhirnya dapat jgk diskus dgn Pn Nordiana. Ada la kena repair keje2 yg dah siap tu.

Wednesday, August 19, 2009

Silap Konsep

Betul kah teknik menjawab soalan menyebabkan pelajar kurang berfikir dan tidak kreatif dalam bidang sains? Perkara ini banyak dipertikai oleh pensyarah yang melatih guru sains. skills untuk menjawab soalan menyebabkan para guru mencipta teknik tersendiri yang tidak pernah diajar dalam mana-mana bidang ilmu sains. Ini menyebabkan konsep sains yang hendak diajar itu lari. Memikirkan perkara ini, saya merasakan keberkatan ilmu mungkin hilang disebabkan penyelewengan sebegini. Saya terfikir lagi tentang sains yang merupakan satu cabang kecil ilmu Allah yang diberi pinjam kepada manusia..mereka boleh selewengkan..apatah ilmu-ilmu lain.

Saya masih cuba melangkah kecil-kecil sepadan usia. Walhal untuk mencapai target saya patut berlari deras. Saya selalu terfikir dalam usia sebegini setakat manakah yang mampu digarap.


Monday, August 17, 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


First entri mestilah dengan ucapan Bismillah...tiada upaya melainkan dengan kuasa Allah
hamba-Mu yang kerdil ini ingin memulakan satu langkah kecil.
moga mendapat manfaat buat diri sendiri dan sesiapa yang membaca blog ini.
salam hormat dari saya,

cikgu sains