Wednesday, August 19, 2009

Silap Konsep

Betul kah teknik menjawab soalan menyebabkan pelajar kurang berfikir dan tidak kreatif dalam bidang sains? Perkara ini banyak dipertikai oleh pensyarah yang melatih guru sains. skills untuk menjawab soalan menyebabkan para guru mencipta teknik tersendiri yang tidak pernah diajar dalam mana-mana bidang ilmu sains. Ini menyebabkan konsep sains yang hendak diajar itu lari. Memikirkan perkara ini, saya merasakan keberkatan ilmu mungkin hilang disebabkan penyelewengan sebegini. Saya terfikir lagi tentang sains yang merupakan satu cabang kecil ilmu Allah yang diberi pinjam kepada manusia..mereka boleh selewengkan..apatah ilmu-ilmu lain.

Saya masih cuba melangkah kecil-kecil sepadan usia. Walhal untuk mencapai target saya patut berlari deras. Saya selalu terfikir dalam usia sebegini setakat manakah yang mampu digarap.


Monday, August 17, 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


First entri mestilah dengan ucapan Bismillah...tiada upaya melainkan dengan kuasa Allah
hamba-Mu yang kerdil ini ingin memulakan satu langkah kecil.
moga mendapat manfaat buat diri sendiri dan sesiapa yang membaca blog ini.
salam hormat dari saya,

cikgu sains