Wednesday, December 10, 2014

Sekian lama tidak menulis.
 Malam ini kususuri karya-karya siberku,
Coretanku, hilang berkecai.
x sempat aku mengumpul dan membuat kompilasi.
Hidup diteruskan dengan jeda-jeda masa yang lompong amat merisaukan.
Ada ketika terasa tajam kerikil di jalanan,
Ada ketika terasa nikmat sebuah perjalanan yang telah ditinggalkan.
Kekuatan dan kebahagiaan yang kukecapi ini anugerah Allah jua.
Saat ini,
Aku merentasi lorong syukur.
Syukur atas segala yg pernah kurasai
mahu duka atau suka.
Di dalam hati hanya pada Mu kusandarkan..
Jika aku pergi dari alam fana ini..kupohon ingati daku diiringi doa.
Betapa ibubapa ,dan sesiapa yg telah pergi itu menginginkan pemberian doa dari kita semua.
Aku pun di kala itu sebegitu.


Thursday, February 23, 2012

MENU MINGGU PERTAMA

MENU MINGGU KEDUA

HARI/MENU

SARAPAN

MAKAN TENGAHARI

ISNIN

  1. mee goreng angel hair

2. teh tarik

1.asam pedas ikan kembung

2.sayur sawi goreng

SELASA

1.cekodok kentang

2.neslo/jus oren

  1. daging goreng kunyit
  2. sup sayur

RABU

1.penkek pisang

2.teh tarik/teh halia

  1. gulai telo itik
  2. ulam timun/pegaga

KHAMIS

1.roti telo mata

2.milo/ teh halia o

  1. ikan cencaru masak kicap
  2. sup sayur bayam
  3. sambal kicap

JUMAAT

1.ubi keledek rebus/ kelapa parut

2.milo halia

  1. kari ayam
  2. ulam timun

SABTU

1.mihun goreng

2.teh tarik

  1. ikan selar berlada
  2. sup sayur campur.

AHAD

Sarapan kat luar

  1. tempe goreng
  2. sup sayur

MENU MINGGU KETIGA

HARI/MENU

SARAPAN

MAKAN TENGAHARI

ISNIN

1. roti bakar dan telo mata

2. teh tarik

  1. gulai kuning ikan tongkol
  2. sayur kangkung goreng

SELASA

  1. lempeng cangkul
  2. neslo/jus oren

  1. daging bungkus
  2. sup sayur

RABU

1. cekodok

2 .teh tarik/teh halia

  1. ikan goreng masak kicap
  2. sup sayur

KHAMIS

1. roti telo mata

2. milo/ teh halia o

  1. sotong goreng tepung
  2. sup sayur bayam
  3. sambal kicap

JUMAAT

1.nasi lemak beli

2.teh o

  1. ikan bakar(cencaru/mabong)
  2. ulam timun
  3. kuah asam

SABTU

1.mihun sup

2.teh tarik

  1. ikan kukus berdadih(ikan siakap)*
  2. tumis sayur kailan.

AHAD

Sarapan kat luar

  1. sup tulang
  2. sambal kicap
  3. ulam timun.

MENU MINGGU KEEMPAT

HARI/MENU

SARAPAN

MAKAN TENGAHARI

ISNIN

  1. Nasi goreng
  2. kopi o

  1. buttter prawn*
  2. sup sayur

SELASA

1.roti telo mata

2.neslo/jus jambu

1 .ikan goreng

2. sup sayur

RABU

  1. roti john
  2. milo

  1. gulai daging
  2. ulam timun

KHAMIS

  1. spageti sup
  2. teh o

  1. ikan bakar
  2. kuah asam/ulam pegaga

JUMAAT

  1. nasi impit * kuah kacang.
  2. kopi o

  1. ayam bakar lada hitam*
  2. ulam timun/salad

SABTU

  1. roti canai
  2. teh tarik

  1. cendawan tiram goreng*
  2. sup sayur

AHAD

Sapan luar

  1. sup tahu
  2. tempe goreng
  3. sambal kicap

Monday, February 21, 2011

Its february 2011, 19 rabiulawwal




AKU
masih menghadapi masalAh dengan subjek seni yg diamanahkan padaku. Walaupun kucuba sedaya upaya. Hari-hari aku melangkah lesu ke satu destinasi yg sama. Sindrom kemurungan melanda bagai satu aliran sungai kecil yg lesu. Actually that not the real problem. The problem is..






Thursday, December 23, 2010

ada cahaya mentari di ufuk senja


Lama sudah aku menunggu saat ini, saat aku perlu sedar dari tidur yang lena, bangkit dan mengatur langkah menuju ke destinasi perjalanan yang bukan mudah...jalan ke syurga.

Cuti persekolahan yang panjang dan agak melalaikan , namun memberi pengajaran dan keinsafan di saat aku , suami dan anak-anak di uji tidak sihat. Tidak sihat sedikit, demam, batuk, pening kepala.

Aku memandang seseorang yang sangat perlu kubantu dan kuharap dia dapat mendekatkanku kepadaNya.

Aku merindui seseorang yang jauh dari sisiku dan kuharap dia menjadi sumber inspirasi untuk aku terus istiqomah..walaupun kadangkala dia sering membuat kejutan padaku.

Aku tidak pasti dengan si dia dan si dia ini yang sentiasa disisi dan terus menguji kesabaranku untuk terus memberi yang terbaik, membimbing dan mendoakan..owhhh...

Aku mengelamun dan terus memanjatkan doa setelah terpisah dengan si dia yang ini, entah tahun bila akan bertemu...mengujiku dengan ingin yakin atau kerisauan teruntai di hati.

Al-mukminun kaiyisun fatinun

Saturday, July 17, 2010

mengapa???

Saban hari melihat tingkah laku pelajar, hati kadang-kadang dilanda risau. semakin kurang keyakinanku terhadap apa yang mereka lalui dan aku berada di situ. Apa yang kulakukan sekadar observe dan observe, mengeluh dan mengeluh.

selalu aku menyalahkan diriku yang lemah dan banyak dosa. Di sisi lain aku mengharap rahmat dan ampunanNya yang mengatasi murka-Nya. Betapa naive nya aku. Terasa apa yang kulakukan tak kena belaka.

cuma aku berharap jangan tutup pintu hatimu untuk kebaikan. Jom lah kita makan pisang rebus, resipi lama...kalau cicah kelapa parut campur gula, pasti sedap!!

Monday, March 8, 2010

mengecat kelas






azmeer ketua kelas yang rajin juga.


nisa' penolong ketua yang rajin dan bersemangat nak ceriakan kelas.